1. Eagle Bay, tempat paling WAJIB anda pergi. Kalau tak, tak complete percutian anda di Langkawi ni. |
2. Skycab, Cable Car. Rugi anda tak naik. Kepada yang gayat, mahap la, anda terlepas menyaksikan panorama indah kat atas sana. :p |
Ni harga tiket untuk naik cable car tu ye. Express lane tu kalau time ramai sangat, anda boleh lah guna express lane. Tapi mahal na.. |
Subhanallah. Ni adalah view atau panorama dari atas ye. Sangat indah alam ciptaan Allah ni. |
3. Aktiviti Pantai di Pantai Cenang, Langkawi. Yang ni senarai harga pakej untuk aktiviti-aktiviti yang anda nak main kat pantai ni. |
Time main jetski ni, ombak sangat kuat. So kena hati-hati. Sangat enjoy dan sangat sesuai untuk mereka yang memang tengah dalam mood honeymoon. |
Parasailing. Yang dalam gambar ni, untuk couple ye. Pun ada. Tapi sp fly sorang-sorang je dengan jurupandu. My husband tidak berminat nak naik.hahaha. |
4. Idaman Suri, Syurga wanita. Dah puas Jalan-jalan, untuk anda kaum hawa tu, jangan lupa angkut cik abang singgah sat ke Idaman Suri |
Sp, trip kedua pergi ke Langkawi ni, tak banyak tempat nak jalan sangat, just highlight tempat yang sangat layan dan enjoy untuk dilawat. Ok, dah puas jalan-jalan, mesti perut lapar kan. So, di Langkawi ni, beberapa tempat makan best dan sedap sp dah cuba dan anda boleh lah singgah ye.
Restoren Haji Ali (Nasi Kandar Asli) |
Pelbagai pilihan lauk pauk. Taknak makan ikan, boleh ambik ayam. Tak nak makan ayam boleh ambik telur ikan.. |
Ni lah nasi kandar tu. Memang sedap. Tapi kalau makan banyak sangat boleh nyeluak bak kata orang sarawak |
Stall Lori Laksa Langkawi. Yang ni, boleh lepak-lepak di waktu petang ye. Boleh makan laksa penang, mee rebus, pesembur dan lain-lain lagi makanan yang sodap. |
At last, gmburger. Haha, di mana-mana sp pergi memang akan try menu burger ni, so far oblong ayam kat gmburger ni memang power.. |
Ok la, actually banyak lagi tempat makan yang special kat Langkawi ni, kalau ada masa nanti, sp akan update ye. Untuk anda yang bakal ke Langkawi tu, jangan lupa ronda-ronda seluruh langkawi dan tahan-tahan kan iman anda terutamanya yang wanita tu. Jangan tak jumpa jalan keluar dari Idaman Suri ye.
Artikel berkenaan:
Parasailing di Langkawi.
Aktiviti Wajib Cuba di Langkawi
1 Comments