Powered by Blogger.

Hotel Paling Strategik Kalau Nak Stay di Kuching, Sarawak

Untuk korang yang 1stime nak datang ke Kuching, Sarawak, mesti tercari-cari atau sibuk duk google kan nak cari hotel atau tempat kediaman paling strategik nak tinggal.

Ok, ni beberapa perkara yang korang perlu utamakan time nak cari hotel yang sesuai di Kuching. Bagi aku, 3 perkara ini paling penting, lokasi hotel; rate hotel dan keselesaan hotel.

Lokasi hotel ini amat penting bagi aku. Sebab apa, kalau korang tersilap booking hotel yang jauh gila daripada bandaraya Kuching, memang payah sikit la korang nanti. Yela, jenuh nak bayar tambang teksi ja. Suggestion aku, korang cari hotel yang berdekatan dengan bandaraya Kuching atau berdekatan dengan area Kuching waterfront. Sebab apa, ini bagi memudahkan korang nak jalan-jalan ke kawasan sekitar yang kebanyakan tempat hits kuching adalah di area Kuching Waterfront.

Rate hotel. Maksudnya bayaran semalam bagi sebuah bilik biarlah berpatutan dengan bajet kita dan selesa. Jangan pula sebab nak bayar murah, korang abaikan point no 1 which is lokasi hotel, sampai korang booking bilik hotel yang gila bapak jauh dari town kuching.

Keselesaan hotel. Yang ni harus dititikberatkan juga ya. Berlambak ja hotel bajet di sekitar bandaraya Kuching ni, tapi jangan sampai korang book gila bajet punya hotel, sampai terbook hotel yang cikai. Pernah dulu aku tersuggest hotel bajet dengan member aku, aku suggest dia stay kat Kapit Hotel, yelah dia nak yang paling murah, so aku suggest la sana. Sekali dia cakap, bilik ok, cuma tidur malam tu tak selesa sebab bising. Naaa..bersalah gila aku time tu.

Ok. after timbang tara ketiga-tiga point di atas, ni beberapa list hotel yang aku boleh suggest kat korang;

  1. TuneHotel, waterfront Kuching
  2. Harbour View Hotel
  3. Arif Hotel
  4. Riverside Majestic Hotel (mahai sikit)
  5. Riverbank Suites Condo (mahai sikit)
  6. Hilton Kuching (mahai banyak)
  7. Dormani Hotel Kuching
  8. Kuching Park Hotel
  9. Grand Continental Kuching

Additional info, bagi mereka yang bakal posting ke Kuching, Sarawak terutamanya posting di Hospital Umum Sarawak, hotel paling dekat dengan Hospital Umum Sarawak adalah Hung Hung Hotel. Sangat dekat. Jalan kaki dalam 3 minit dah sampai.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Hotel Paling Strategik Kalau Nak Stay di Kuching, Sarawak"

xpernah lagi jejak kaki ke seberang . sabah , sarawak . bila la agaknya . .

p/s : inshaAllah nnt saya buat tuto mister linky yang akak tanya tu :)

takpe. InsyaAllah ada rezeki datang la sini. :) Ok. nanti dah buat tutorial tuu, update je akak k.

Terima kasih kak. Banyak info rupanya pasal sarawak yg sy tak tahu, hari tu pergi nak cari tempat makan pon was was. Ni kali ke 2 nak pergi. Insyaallah. Thanks kak.

sama2 masyitah. semoga bermanfaat ye.. :)

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top