Malu ye nak pajak emas? Ingat tak lagi entry saya sebelum ini which is
Tips Nak Dapatkan Wang Segera. Saya pernah cerita bagaimana nak dapatkan wang atau tunai segera sekiranya kita dalam tekanan perlukan wang atau terrrrsangat kesengkekan. Paham ke idak? Tips nak dapatkan wang segera ni, ofcourse la at the first, the suggestion is pergi pajak atau arrahnu kan barang kemas (emas 916 @ 999) atau goldbar yang kita ada.
So, bagaimana nak pajak emas korang untuk dapatkan tunai segera ni?? Bagi mereka yang memang otai emas, wa salute sama lu, korang mesti memang dah pakar atau erti kata lain nya bab-bab arrahnu emas ni takat celah gigi korang je. Betul? Kalau korang senyum, memang betul la tu, korang memang spesies jerung, dan wa ni spesies bilis. #tutup muka-malu. Haha.
At first, sebelum korang nak pajak emas, korang mesti tengok dulu kat tangan or leher korang ada gelang atau rantai emas ke tidak?? Dan kalau korang laki-laki, pergi jeling sikit kat tangan isteri korang ada ke tak emas?? Kalau takda, memang hmmmm,, siannya isteri korang, dapat suami yang tak reti nak hadiah gelang atau rantai emas kat bini!! Haha. #Gurau. Paham. Tak semua perempuan minat emas. Tapi boleh aku katakan spesies perempuan gila emas macam aku ada 95% bertapa di atas muka bumi ini! Ok lah, kalau takda juga gelang emas atau rantai emas, korang ingat balik, korang ada ke tidak beli goldbar atau jongkong emas ala yang bar je dalam 5 gram ke 10 gram pun dah memadai.
|
Yang petak tu adalah contoh goldbar 10 gram keluaran Public Gold manakala yang bulat besar and kecil tu adalah 10 dinar dan 1 dinar |
Ok, after dah ada fizikal emas kat tangan (antara gelang emas atau goldbar atau dinar), korang boleh lah pergi ke Arrahnu Bank Rakyat kat mana-mana ja kat bumi Malaysia ni ye. Memang dieorang terima pajak emas korang, as long as emas korang tu tulen.
Dah pergi sana, kalau korang ragu-ragu, korang boleh tanya dengan pak guard yang jaga kat depan pintu Arrahnu tu, samada kat sana dapat pajak emas ke tidak?? Nanti, pak guard tu akan iya kan dan suruh korang pergi ambik nombor giliran. Takda perlu isi apa-apa borang ye. Just ambik nombor giliran dan tunggu.
Bila dah tiba giliran korang, korang gi la ke kaunter tu dan cakap je nak pajak atau arrahnu kan emas. Korang bagi je emas dan staff kat kaunter akan check dulu emas korang tu samada tulen atau tidak dan after sah tulen, dieorang akan timbang berat emas tu untuk buat nilaian marhun emas korang.
Dieorang akan buka form dan print form yang dah tercetak maklumat kita iaitu si penggadai dan jumlah emas kita sekian sekian.
Satu akad pajak akan dibuat oleh si penggadai..
Lafaz Penggadai adalah: Saya gadaikan marhun seperti di atas sebagai cagaran kepada pinjaman ini.
|
Contoh surat pajak goldbar 10 gram yang dibuat tahun lepas |
Bagi contoh surat Pajak Gadai di atas, ia adalah pajak goldbar 10 gram yang telah saya buat pada 13 Oktober 2014 tahun lepas. Time ni, pajak sebab mata tengah blink-blik tengok harga emas rendah, so pergi pajak then beli lagi emas dalam bentuk dinar.
Disebabkan Pajak Gadai Ar-Rahnu ini adalah kali pertama dibuat, jadi, saya layak mendapat pinjaman sebanyak 65% sahaja daripada nilai marhun (nilai semasa emas) emas yang dipajak.
Contoh Pajakan Emas 10gram saya:
Tarikh gadaian: 03/10/20014
Tarikh Matang: 03/04/2015
Nilai Marhun: RM 1,380.68
Pinjaman (a): RM890.00
Upah simpan bulanan: RM8.95
Jumlah upah simpan (b) : RM53.70
Tarikh Bayaran (a+b) : RM943.70 Sebelum/pada 03/4/2015
*Tempoh Gadaian adalah 6 bulan
*Kita boleh tebus balik emas tersebut sebelum tempoh matang. Contoh kalau kita dah cukup duit (a+B) tu, kita boleh ja tebus balik emas kita.
|
Contoh pembayaran upah simpan sahaja dan minta dilanjutkan tempoh gadaian. |
* Tapi, macammana kalau kita belum ada cukup duit untuk tebus balik emas tu dan tempoh gadaian pula dah cukup 6 bulan?? Jangan risau, kita boleh pergi balik ke Ar-rahnu Bank Rakyat dan pergi bayar Jumlah upah simpan (b) tu sahaja dulu iaitu sebanyak RM53.70 dan minta mereka lanjutkan tempoh gadaian ke 6 bulan lagi. Had tempoh lanjutan hanya boleh sekali sahaja ya. Lepas ni, tak boleh lagi dah, korang kena tebus dulu emas korang tu.
Jadi, gadaian emas 10gram saya telah dilanjutkan ke 06/10/2015. Burghh.. Kalau korang gila main emas, nanti korang tau la. Saya tunjukkan contoh dan bagaimana membuat gadaian ni bukan apa, nak bagi jalan yang lurus kepada mereka yang suka nak pinjam sana sini terutama sampai jumpa along tu. Huhu. Sayangilah keluarga anda ye. Elak Along!
Saya harap panduan atau tips yang saya bagi tentang cara nak pajak emas ni dapat menjadi panduan kepada korang. Kalau ada kemusykilan atau part mana yang tak paham, boleh je message kat saya ok. InsyaAllah saya akan membantu.
26 Comments