-->

Payung Baru Saya: Medical Card Prudential Bsn Takaful


Payungkan Diri Anda dengan Medical Card Prudential Bsn Takaful

Anda dah ada medical card? Puan, pernah dengar tentang medical card? Ini adalah antara pertanyaan dan sapaan yang saya selalu cuba elak dan cuba nak larikan diri cepat-cepat. :p Dulu, bila ada tengok booth insuran, saya akan sedaya upaya nak elak lalu ikut laluan tu. Kejam kan. Kejam pada diri sendiri waktu tu sebab tak bagi peluang kepada diri sendiri untuk mengetahui tentang kebaikan medical card ni.

Saya mula terkesan dengan medical card ni, bila rutin harian yang kerap ke hospital bagi urusan kerja. Baru terdetik nak berkenalan lebih lanjut dengan medical card ni. Apa kelebihan medical card ni yang telah mengubah jiwa keras saya ini?? Kelebihan medical card yang paling utama adalah medical card ni akan cover segala kos rawatan dan juga memberi kita lebih pilihan nak mendapatkan rawatan yang lebih selesa. Bukan tak pandang kepada hospital kerajaan, tetapi, bila difikirkan balik, waktu sakit ni lah kita nak kan keselesaan dan privacy. Ya, saya antara orang yang bilamasa nya sakit, akan nak kan privacy dan tidak mahu mendengar sebarang bunyi. Pelikkan?? Tapi itulah kenyataan. Lain orang lain ragamnya. 

Saya juga terfikir, tika di umur 27 tahun ini, mungkin tubuh badan masih sihat, tapi 2-3 tahun akan datang kita tak tahu apa sakit yang menanti. Disebabkan itu, saya terbuka pintu hati ini nak usha beberapa medical card dari beberapa insurance company. Selepas ditimbang tara dengan kelebihan dan kekurangan serta bayaran bulanan, akhirnya saya memilih medical card PruBsn (Prudential).

Medical Card saya. :) Prudential BSN Takaful : HealthEnrich Select


Antara kelebihan atau Maklumat Pelan Medical Card PrudentialBsn (Takaful) ini adalah:

Bayaran Premium Yang Rendah: RM150 (yang ni rate sebelum GST ye)

Manfaat yang disediakan:
Manfaat Kematian: RM20,000
Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh: RM20,000
Manfaat Penyakit Kritikal: RM15,000
Manfaat Kemalangan (kematian): RM20,000
Manfaat Jika dimasukkan ke Hospital: 

  • Bilik dan penginapan hospital harian (maksimum 200 hari setiap tahun) : RM200
  • Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setiap tahun) : seperti dicaj
  • Rawatan dan prosedur pembedahan : seperti dicaj
  • Perkhidmatan dalam hospital dan yang berkaitan : seperti dicaj

Manfaat Jika perlukan Rawatan Pesakit Luar : Seperti dicaj
Manfaat jika menghadapi penyakit yang merubah kehidupan: seperti dicaj

Manfaat jika berdepan situasi-situasi kecemasan:
  • Komplikasi kehamilan : RM6,000
  • Rawatan kecemasan untuk kecederaan akibat kemalangan : RM2,000
Bayaran balik perbelanjaan perubatan sehingga:
Had tahunan : RM60,000
Had seumur hidup : RM600,000

Manfaat Pendapatan Penghospitalan:
Dimasukkan ke hospital di wad biasa : RM50 sehari


Dan satu kelebihan yang ada pada Pelan Medical Card Prudential Bsn Takaful ini adalah, apabila seseorang pemegang polisi didiagnose atau dikesan menghidap 36 penyakit kritikal, secara automatic, bayaran premium bulanan anda akan ditanggung oleh Prudential.


* Semua manfaat ni, adalah di dalam pelan PruBsn saya. Yang ni adalah yang minimum. Kalau anda perlukan had perbelanjaan perubatan yang lebih tinggi, so premium bulanannya juga adalah tinggi. Saya sarankan anda agar buat survey dulu dan buat perbandingan kesemua medical card yang ada di luar sana bagi memenuhi keperluan anda pada masa akan datang. Kalau ikutkan hati saya, nak je ambil bayaran premium yang lagi mahal, dan ofcourse manfaatnya lagi besar dari yang saya dah ambik ini. Ye la, bak kata pepatah, sukat baju di badan sendiri (hmm betul ke?? )

Baca juga:

0 Comments



Emoticon