-->

Tempat Makan Best di Kuching: Topspot Seafood Bukit Mata Stall No 25

Topspot Seafood yang terletak di Medan Kereta Kuching ini merupakan salah satu destinasi wajib untuk anda-anda semua yang datang berkunjung ke Kuching. Di Topspot ni, terdapat beberapa kedai seafood atau stall yang menyajikan hidangan fresh seafood dengan harga yang sangat berpatutan. Ok, Stall yang aku minat disebabkan harga dan kesedapan yang terbukti adalah Bukit Mata Stall No 25. Stall Bukit Mata, Topspot ni merupakan salah satu tempat makan best dan special di Kuching. Pada Disember lepas, kitaorang sefamili dalam 20 orang pergi makan-makan di Topspot ni. So, ofcourse kena booking 2 meja besar untuk tampung bilangan famili aku yang besar ni. Oh ya, disarankan kalau korang nak selamat, korang call dulu Stall No 25 Bukit Mata ni dulu ok. Takut kalo korang datang dalam pukul 7.30 malam ke 8.00 malam, takda pulak meja kosong. Sian pula kena tunggu lama. 

Topspot Seafood ni mula beroperasi seawal jam 6.00 petang hingga tengah malam setiap hari. Lokasi Topspot Seafood ni adalah di Medan Tempat letak Kereta dan juga sama building dengan UTC Sarawak. Tak sah kunjungan anda ke Kuching Sarawak kalau tak menikmati hidangan seafood di Topspot ni.

Lobster 3 ekor RM156 (abang ipar
request masak black paper)

Kitorang punya order 10 menu. :)

Seafood. :)

Ini la sebahagian daripada famili aku..

So total hidangan menu yang kitaorang order pada malam tu adalah 10 menu. Diantaranya adalah:
  1. Ketam masak telor masin
  2. Ambal Kari
  3. Tomyam Seafood
  4. Midin Goreng Belacan
  5. Udang Masak Butter
  6. Ikan Kerapu Stim
  7. Ikan Kerapu Sweet and Sour
  8. Lobster BlackPepper
  9. Sotong Goreng Tepung
  10. Oyster Egg
Antara banyak-banyak menu di atas, ketam masak telor masin la yang paling sedap!!!!! Serius. Sampai addict jilat die punya kuah kat sepit-sepit ketam tu. Haha. Tips kalau nak makan sini, contohlah korang ada 10 orang, dan jangan main order sebut je; contoh la ye, saya nak ketam masak telor masin untuk makan 10 orang, dan udang masak butter untuk 10 orang. Hmmm, kalau korang order macam tu, memang sikit la hidangan korang tu nanti. Digalakkan korang sendiri pergi pilih fresh seafood yang korang nak makan dan ikut korang la kuantiti nak diambil. Kalau korang ambik sendiri, puas hati lagi. Serius. Sebab aku dulu pernah order main sebut je camtu, atlast, datang menu tu, sedikit je. Hmm. Ok, lah mesti korang nak tau berapa total bayaran untuk semua menu di atas bagi 2 table kan?? Hehe..Total bayaran adalah RM656 sahaja (tidak termasuk air dan lobster). Murah kan?? 
Aku dah budget-budget harga makanan kitaorang malam tu untuk 2 table tu memang cecah RM1000. Sekali tokey tu cakap RM656, aku dah senyum ja tengok en husband. 

Ok lah, selamat menjamu selera buat korang yang bakal ke Topspot nanti ye. :)
Topspot Seafood Bukit Mata

Baca juga:

2 Comments

avatar

wahhh best udang dengan ketam tu . hehee

Balas delete
avatar

best.. lagi2 masak butter dan telor masin.. perghh

Balas delete



Emoticon