Powered by Blogger.

Artis dan aku. pergh..

Korang mesti ada artis pujaan kan??
Macam aku, memang pun ada juga la artis pujaan atau artis favourite aku. Sekarang ni kecoh pasal isu Zul Arifin ala artis hensem yang tengah naik tu pasal beliau reject nak bergambar dengan peminat dia. Aku takmau nak komen lebih, ye la kadang-kadang kita manusia ni memang perlukan ruang privacy kan. Tapi tu la dah nama nya artis, pergi kat mana-mana pun orang kenal dan dah jadi adat buat peminat mesti nak tegur dan selfie ngan artis yang dieorang minat. Itu lah harga yang perlu ko bayar bila jadi artis. Tapi takpe zul arifin yang sado, aku and adik tetap meminati lakonanmu.

Ok la, ni nak promote juga artis yang aku minat dan ingin sangat nak jumpa and selfie bersama. Korang nak tau sapa tak?? Jeng jeng jengggg...

1. Beto Kusyairi
Aku dan en suami memang gila sangat ngan beto kusyairi ni. Aku mula minat ngan beto ni pun mula dari en suami yang suka sangat nak tengok cerita yang beto ni lakon. Memang layan oo tengok dia berlakon. Sangat sweet dan comel beto ni. Oh ..buat gadis-gadis, sori ye beto ni dah pun berkahwin. Please jangan ganggu rumah tangga orang. Aku sekeh kang.. Haha

2. Sofi Jikan
Yang ni memang aku minat lama dah. Aku minat artis ni bukan sebab rupa ya..mostly aku minat sebab bakat dieorang plus budi pekerti. Dulu aku pernah buat teka teki dengan suami aku. Aku tanya dia, kalau dia terer artis mana yang aku nakkk sangat nak jumpa dan ambik gambar sama?? Dan selamba je dia jawab, sofi jikan. Haha.. Chehhh..
Dan buat pengetahuan korang sofi jikan ni sangat humble dan friendly. Aku dah jumpa ngan sofi ni waktu dia datang kat kubah ria kuching awal tahun ni. Tapi aku tak berani nak dekat kat dia nak ambik gambar sebab dia tengah makan time tu. Tak naklah ganggu artis pujaan aku ni.haha.
Ok.sofi dah jumpa.
Hope next aku akan terserempak lah dengan beto dan isteri dia.
Aminnn..
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Artis dan aku. pergh.."

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top