Powered by Blogger.

Tips Penuhkan Tabung

Tips Penuhkan Tabung.

Sebelum ini mesti korang pernah menabung duit kan, tak kira la duit syiling ke atau duit kertas. As long as korang pergi simpan sebahagian duit korang ke dalam satu tempat bertutup. Korang mesti pernah buat apa yang aku buat ni kan, menabung duit kertas seringgit, RM5, RM10, kononnya praktis kawal nafsu. Tapi, atlast, korang korek juga akhirnya tabung tu. #Sadis

Ok, meh sini, aku bagi beberapa tips untuk penuhkan tabung korang;


  1. Untuk permulaan, mulakan dengan tabung bersaiz kecil. Contoh paling mudah, guna tin coca cola, buat satu lubang kecil untuk mudahkan kita masukkan syiling. Elak masuk wang kertas ya. Sebab guna tabung saiz kecil adalah untuk bagi semangat kat korang, makin kecil, makin cepat penuh. Tu yang semangat korang makin berkobar-kobar nak penuhkan tin dan buat lagi satu tabung. :)
  2. Guna tabung yang tidak dapat langsung dibuka atau erti kata lain nya, korang perlu pecahkan tabung tu untuk dapatkan wang di dalamnya. Ini bagi mengelakkan korang sewenang-wenangnya pergi cilok balik duit tabungan korang tu.
  3. Setiap kali balik kerja atau kelas, pergi punggah semua duit syiling atau wang kertas seringgit dari dompet atau beg korang. Masukkan lebihan duit syiling hasil baki dari perbelanjaan korang ke dalam tabung.
  4. Setiap hari, sebelum turun kelas atau turun kerja, amalkan letak syiling 50sen atau wang kertas RM1 ke dalam tabung. Amalkan dan jadikan habit korang.
  5. Simpan atau letak tabung korang di tempat yang tinggi atau tidak mudah dilihat. Takut korang ada adik-adik kecil atau anak sedara yang gian nak beli jajan kat kedai, kot-kot nak sangat beli barang, dikoreknya tabung korang. Hahaha. #Lawak. Tapi ini tidak mustahil ok.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Tips Penuhkan Tabung"

huhuhu ada jugak korek tabung.. tapi skit jelah ambilnya.. apapun masih lagi boleh menabung walaupun hasilnya tak banyak mana sangat..

Betol..amalan korek blik.haha. biasa la tu.xpe.jnji ada hasil nya .

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top