Sepanjang beberapa kali penjelajahan ke serata Malaysia, terdapat beberapa site untuk book hotel yang telah saya guna. Antara yang saya pernah guna adalah:
AirasiaGo : AirasiaGo ni, saya suka book hotel dari sini bila Airasia buat promosi free flight dengan booking hotel melalui AirasiaGo. So kalau time promosi memang sangat berbaloi beli dari sini. Tapi tu lah, kena tunggu promosi.
Agoda.com : Dulu saya pernah book hotel ketika percutian di Langkawi melalui site Agoda.com ini. So far, service cepat dan mudah dalam transaksi pembelian. Hotel yang saya book waktu tersebut adalah Sunderland Motel, Langkawi.
HotelTravel : Untuk percutian semula di Langkawi pada tahun hadapan Mac 2016, pun saya dah book hotel. Dan kali ini, saya book melalui HotelTravel.com. Selepas perbandingan harga dengan agoda.com, booking.com, dll. HotelTravel offer harga bilik (standard room) yang lagi murah berbanding web-web yang lain. So saya book 3 bilik melalui HotelTravel ni. So far respond dari customer service pun cepat dan sangat membantu. Just dari segi pembelian, rasa nya mudah lagi kot beli dari Agoda.com. Just my opinion.
Untuk 3 sites di atas, saya boleh syorkan kepada anda. Mungkin lepas ini kalau ada percutian seterusnya, saya akan cuba guna Booking.com atau Trivago.com. Moga bermanfaat.
Tags:
#Reviews
2 Comments