-->

Kelebihan Kelemahan Menyimpan Emas



EMAS. Bagi saya perkataan emas ini sangat berhantu bagi saya. Kenapa? Sebabnya saya adalah peminat tegar dan pengumpul tegar koleksi gelang emas dan juga dinar dan bar emas. Saya mula terjebak dengan emas ini pada tahun 2010 di mana pada ketika itu saya baru mula mendapat gaji pertama. So sebagai lambang atau tanda ingatan pada gaji pertama saya, saya telah melabur sebahagian daripada duit gaji pertama saya dengan membeli gelang emas. Pada waktu itu 1 gram emas 916 berharga RM130/gram. Dalam RM1400 juga saya spend gaji saya untuk membeli gelang emas. Dan kesudahannya, sampai sekarang gelang emas saya itu masih ada pada saya dan nilai nya juga maintain dan kalis inflasi. Cuba anda bayangkan kalau ketika dapat gaji pertama saya spent kan sebahagian duit gaji saya dengan membeli smartphone atau jam tangan sebagai tanda kenangan, mesti nilainya drop atau dalam erti kata lain tidak bernilai lagi.

Jadi kesimpulan daripada cerita saya di atas ini, saya simpulkan bahawa membeli emas ni tidak pernah membuat anda rugi. Jom saya gali sedikit sebanyak kelebihan dan kelemahan dalam membeli dan menyimpan emas ni. Untuk membeli emas terdapat beberapa bentuk mengikut kepada motif simpanan anda. Maksudnya disni anda membeli emas itu untuk apa? Sama ada untuk perhiasan diri sahaja, atau untuk simpanan masa panjang. Pembelian Emas perhiasan , dinar emas dan emas bar (goldbar) terdapat kelebihan dan kelemahannya masing-masing. Jom terjah,

1 Dinar Emas dan 10 Dinar EMas keluaran Public Gold

Kelebihan membeli emas perhiasan (contoh gelang emas, rantai emas dan cincin emas)
  • Sebagai perhiasan diri (golongan wanita)
  • Dapat diarrahnukan atau dipajak gadai ketika memerlukan duit segera. Time terdesak kita tak perlu nak tebalkan muka pinjam daripada kawan atau famili.
  • Sebagai simpanan jangka panjang
Kelemahan membeli emas perhiasan
  • Mendatangkan bahaya terhadap diri sendiri (diragut) Awas dengan peragut!
  • Nilai jual semula yang sangat rendah di kedai emas.
  • Khuatir untuk menyimpan emas di rumah mahupun dibawa bersama. Ni kes takut hilang dicuri atau diragut.
  • Dapat diperturunkan kepada generasi seterusnya. Makin bernilai ooo.. Macam rantai mak saya, dulu beli dalam RM300-RM500 je, sekarang nilai lebih kurang RM10000. So rugi ke beli emas??Hehe.
Kelebihan membeli dinar emas atau goldbar
  • Sebagai alternatif simpanan yang kalis inflasi. 
  • Kecil dan mudah disimpan dan senang untuk dibawa kemana-mana
  • Beza spread jual beli yang rendah (Suggest beli di Public Gold)
  • Dapat diarrahnukan atau dipajak gadai
  • Sebagai simpanan jangka panjang dan juga pendek
  • Sentiasa bernilai walau di bawa kemana saja. Contoh kalau darurat, nilai RM kita mungkin tidak bernilai lagi, tetapi emas masih laku dan bernilai.
  • Sukar dicairkan. Maksudnya disini, anda tidak akan mudah nak membelanjakan emas dimana anda kena jual dahulu untuk dapatkan tunai. Jadi, ini dapat mengurangkan risiko anda untuk sentiasa mengguna wang atau dana simpanan anda.
  • Masih bernilai walaupun patah atau lebur if berlaku kebakaran. Kalau duit kertas?? Rasanya bernilai lagi ke tak kalau dah hangus dan jadi debu?
Kelemahan membeli dinar emas atau goldbar sebagai simpanan
  • Waktu emergency, contoh waktu tengah malam anda memerlukan duit, anda mesti perlukan duit dan bukannya emas. Harap anda paham maksud saya ni.
  • Bahaya nak simpan di rumah. Kadar kes jenayah pecah rumah yang berleluasa. Alternatif, beli emas melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public GOld. Anda tidak risau nak simpan emas kat mana. Just stay dalam akaun sahaja.
  • Bila kita terpaksa jual emas tu waktu harga emas tengah rendah sangat-sangat. Yang ni selalunya melibatkan kes emergency jugak yang urgent perlukan duit.

Jadi, anda mesti paham dah kan kelebihan dan kelemahan membeli emas ni. Bagi saya, kalau anda betul-betul nak mempelbagaikan simpanan anda, simpanan emas adalah yang terbaik. Emas mampu melindungi wang anda daripada inflasi. 

Berminat nak beli emas 1 gram, sikit-sikit, boleh je contact saya Aishah, Authorized dealer Public Gold di talian ni 017-8865939 (whatsapp di alu-alukan). InsyaAllah saya boleh terangkan sedikit sebanyak ilmu yang saya tahu. Kukuh dan selamat ke tak membeli emas dari company Public Gold ni?? InsyaAllah selamat. Sebab saya dah start membeli emas dan berurusan dengan company ni start tahun 2010 lagi. Selamat emas saya sampai sekarang.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon