-->

Prosedur Pasang Braces - Rawatan Orthodontic

Pasang Braces atau mengatur susunan gigi yang sekian lama tidak teratur ini antara niat lama saya yang tidak pernah tertunai. Bukan apa, saya mempunyai kesungguhan nak buat, tapi bila mengenangkan kos untuk pasang braces tu sampai menjangkau 7k ke 9k, saya terpaksa melupakan dulu niat nak pasang braces. Sampai la sekarang ni, dah kahwin dah pun, just anak je lagi belum ada. 



Bagaimana hati saya terbuka semula untuk pasang braces ni? Ni pun disebabkan saya menemani kawan saya yang nak survey Dental sekitar Kuching ini bagi rawatan braces. Setelah beberapa dental kami pergi dan consult, akhirnya kami jumpa Klinik Dr. Chen yang mempunyai servis untuk rawatan braces ini dengan kos yang sedap sedikit telinga ni dengar iaitu RM5,900. Menurut Dr. Chen, sekiranya kita confirm buat rawatan di sana, beliau akan check gigi kita dulu dan buat moulding, dan bayarannya adalah RM100. Setelah itu, kita perlu buat pembayaran deposit RM2000 terlebih dahulu dan selebihnya boleh dibayar secara ansuran sepanjang tempoh rawatan kita selama lebih kurang 2 tahun. Part rawatan ini penting untuk kita pilih klinik yang berdekatan tau, sebab bagi memudahkan kita follow-up dengan Dr nanti.

Replika gigi saya!!!! Hahaha.. Macam dinasour la pulak.
Pangkah X tu adalah gigi yang perlu dicabut.


Jom bersama saya dalam kronologi sebelum pemasangan braces:

14/1/2016:  Survey jumpa Dr Chen. Dr Chen consult us first.  Kos rawatan adalah rm5900 tidak kira tahap keterukan gigi. Sekiranya confirm, boleh buat moulding dulu dan bayar RM100.

15/1/2016: Buat appointment by call utk moulding dan  set tarikh pada 21/1/2016 jam 2:30 petang.

21/1/2016: Appointment moulding. Datang pukul 2.30 ptg dan register isi kad klinik. Dalam pukul 3.00 ptg, jmpa Dr dan Dr periksa dulu keadaan Gigi utk pastikan berapa batang Gigi perlu dicabut. Dan saya kena cabut 4 batang gigi. 2 di atas Dan 2 di bawah. Bagi moulding pula, Dr letak mould/ buat acuan Gigi kita untuk mudahkan Dr tengok dan kaji dulu kedudukan gigi. Saya tanya Dr bila boleh cabut Gigi, Dan Dr cakap anytime. Saya telah set appointment keesokkannya utk cabut 4 batang Gigi saya tu sekaligus. Disebabkan saya ada problem jantung which is mitral valve prolapse, saya telah dibagi antibiotic amoxycillin utk dimakan 1 jam sebelum prosedur cabut gigi. Kesemua 8 biji pil antibiotic tu saya kena telan sekaligus. Pergh.


Anda dikehendaki isi Maklumat diri pada kad klinik ni. Kalau ada alergik pada sebarang ubatan, anda perlu juga isi, dan sekiranya ada sebarang masalah kesihatan, anda juga kena tulis pada kad tersebut. Jangan main-main pasal masalah kesihatan tau. Macam saya, saya perlu declare dahulu keadaan kesihatan saya dengan Dr. sebelum berani buat prosedur braces ini.

Pil Antibiotik - Amoxycillin

Disebabkan saya mempunyai masalah jantung which is 'Mitral Valve Prolapse', saya perlu mengambil antibiotik 1 jam sebelum rawatan cabut gigi. Saya perlu menghabiskan sebanyak 8 biji pil amoxycillin sekaligus. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kuman atau bakteria daripada prosedur cabut gigi tu masuk ke dalam sistem darah saya.

Pil Antibiotik - Amoxycillin

Di atas ini adalah pil amoxycillin tu. Bentuk pil macam ini antara bentuk ubat/pil yang paling saya tak suka. Sebabnya, bentuk pil ini yang memanjang mudah menyebabkan ia tersangkut di kerongkong saya. Hahaha. Ini kes tak reti dan tak pro nak telan ubat la ni. Tapi tu lah. nak cantik konoknya, lautan api sanggup ku redah. Suami saya pula, aminkan je lah apa isteri dia ni nak buat. Thanks husband, sebab support saya dari belakang dan terima saya seadanya.



22/1/2016: Pada pukul 1:45 petang, saya telah makan pil antibiotik yang telah diberikan dr semalam iaitu pil Amoxycillin sebanyak 8 biji. Temujanji saya pada pukul 2:45 petang nanti, Proses mencabut gigi, dr menunjukkan replika gigi saya (moulding yang telah dibuat semalam) terlebih dahulu dan beliau menunjuk gigi mana yang akan dicabut. Gigi yang dipangkah 'X' akan dicabut. Dalam hati saya, adushhh rongak la aku lepas ni. Huhu. Waktu dr inject untuk bius sebelum cabut gigi, boleh tahan juga sakitnya. Saya kena 8 kali suntik, yelah 4 batang gigi nak kena cabutkan. Jadinya, saya kena tahan sakit disuntik selama 8 kali. OMG. Tahan je lah demi nak atur gigi. Haha. Waktu bius tu dah berkesan, bibir saya dah tak rasa lagi, sampai air liur melilih keluar pun saya tak perasan dan tak mampu nak tahan. Sampai lah, air liur meleleh-leleh, saya terpaksa minta tisu dengan assistant dr. Chen. Naya betul. Sementara menunggu bius berkesan, dr chen menyuntik bius kepada kawan saya dahulu. Ohya, kami pergi sama atas niat yang sama. hehe. Bila bius dah kesan, haaa bermula lah proses nak cabut 4 batang gigi saya ni. Tak sampai 15 minit, kesemua gigi 4 batang saya tu berjaya dicabut. Alhamdulillah. Akhirnya rongak aku!!! Hahaha. Time ni, tak tau lagi yang aku rongak super rongak. Dah dalam kereta time tukar kapas, baru saya perasan gigi saya teruk rongak!!!!! OMG. Saya diberi temujanji dalam tempoh 2 minggu akan datang untuk proses pasang Braces pulak. Ohya, jangan lupa ye bayaran RM2,000. Bila dan confirm nak buat braces, bayaran RM2000 kena dibayar terus.

Officially 22.1.2016 saya RONGAK!!!!

Di atas adalah gambar gigi saya yang telah dicabut. Ini Side belah kanan. Side belah kiri pun rongak dah tau. Kesian! Tengah jenuh memikir macammana nak sembunyi keRONGAKan gigi ni nanti. 2 minngu tu, saya nak sembunyi. Hmmm.. Jangan buat aku gelak ok!!!

Hasil Moulding saya dan kawan saya, Ng.

Di atas ini pulak adalah hasil mouding gigi saya dan kawan saya, Ng. Thanks ng, sebab kamu saya terbuka semula pintu hati nak DEKO gigi saya yang bengkang bengkok ni. Haha.


To be continue:::::

Baca juga:

20 Comments

avatar

Kt cne klinik dr chen ya?

Balas delete
avatar

Hi syantinee Sarkawi.

Klinik chen kat jln keretapi. Mun kita dari Kuching menuju ke Bt 3 guna jln keretapi, belok simpang kiri sebelum kedey Bata.

Balas delete
avatar

Tok ka harga paling ok ktk survey kat kuching?

Balas delete
avatar

Aok. Tok jak rega paling ok dan nyaman sikit telinga mendengar. Awal polah, dpt rega tok. Makin aher mahal. Sebab kwn kmk ada polah dolok kat klinik tok dlm 2 taun lepas, n nya dapat rega dalam rm4500-5000 jak mun x silap.

Balas delete
avatar

Thank you for sharing. Invaluable info. Terutama yang kita dapat relate. Keep it uo.

Balas delete
avatar

Thanks sudi singgah dan komen. Hope dpt info dari perkongsian saya ni. :)

Balas delete
avatar

Hi nak tanya, kos cabut gigi sblm pasang braces tu termasuk dlm rm5,900 tu ke?

Balas delete
avatar

Hi. Ya. Kos cabut gigi dah termasuk sekali. Just tambah rm100 untuk kos buat moulding.

Balas delete
avatar

Hello. Ktk padah ngn doktor ya terus ka ktk mok polah braces ? Ka check up lok ?

Balas delete
avatar

Hi, do you know the new price for braces now? Is it still the same rm5900 kah?

Balas delete
avatar

Hi Mei,for the price u can consult with dr. Chen . And im sure the price still around Rm5900 or maybe around rm6500.

Balas delete
avatar

Or u can direct call the clinic 082-233 381

Balas delete
avatar

hye. kmk mok tanyak ktk pernah sik survey klinik then dental? oh ya. hariya kmk ada pergi chen dental. harga dah nait 6000 lebih. hehe..

Balas delete
avatar

Hi fadhlin,

Xda kmk survey then dental. Uish.. nait juak dah kat chen.

Balas delete
avatar

Mn gigi atas jk brp dak kah...

Balas delete
avatar

Sama juak caj nya hafidz.

Balas delete
avatar

Kinek harga nya gik sama kah?

Balas delete
avatar

Maybe ada naik kit. Tp x la jauh gilak kmk rasa. Sebab dah 2 tahun, so mmg naik reganya.

Balas delete
avatar

NYAK MPUN BAYARAN INSTALLMENT JUAK NAK? BRAPA LAMA BOLEH BYAR INSTALLMENT NYA?

Balas delete
avatar

Sis, nya Ada pasang spacers sik masa cabut Gigi ya?

Balas delete



Emoticon