-->

Aktiviti Menarik di Pantai Cenang, Langkawi

Aktiviti Menarik di Pantai Cenang, Langkawi

Anda yang gemarkan aktiviti riadah pantai yang best, saya syorkan anda pergi ke pantai Cenang, Langkawi. Antara aktiviti aktiviti menarik yang anda boleh Cuba di Pantai Cenang, Langkawi adalah seperti Parasailing, Jetski, Dan banana boat.

Parasailing adalah salah satu aktiviti yang saya suka di sini. Sebabnya kita dapat menikmati keindahan panorama Langkawi Dari atas. Bayaran untuk aktiviti parasailing ini adalah RM60 seorang. Terpulang kepada anda samaada nak terbang seorang Diri atau bersama guide. Bagi yang nak naik berpasangan pun boleh jugak Dan akan diajar bagaiman untuk menurunkan parasailing tu nanti .

Parasailing

Selepas bermain parasailing, anda boleh bermain Jetski pula dengan bayaran RM150 bagi tempoh 30 minit. Kalau nak bertukar orang, hanya dibenarkan sekali sahaja. Agak mahal lah Sewa main Jetski Kali ini. Mungkin juga sebab time kitaorang pergi tu adalah time cuti sekolah. Jadi, segala-galanya mahal di Langkawi bila musim cuti persekolahan.

Jetski di Pantai Cenang

Banana boat

Aktiviti yang paling enjoy saya rasa pula adalah bermain banana boat. Kami seramai 7 orang main dengan bayaran RM15 seorang. Mula-mula kami dibawa bersiar-siar dahulu di sekitar pantai dan akhir sekali kami dijatuhkan. Part jatuh tu yang tak tahan, sebab jatuh tu agak sakit juga sebab masing-masing tersepak sesama sendiri. Haha. Tapi serius enjoy sangat.

Jadinya, kalau nak main aktiviti pantai ni kena cari Geng sama kepala, baru aktiviti dapat Jalan Dan best. Oklah, nanti saya update lagi apa lagi perkara atau aktiviti menarik di Langkawi ni. Stay tune.



Baca juga:

0 Comments



Emoticon