Powered by Blogger.

Resepi Mudah Kek Marble Cheese

Resepi Mudah Kek Marble Cheese

Bahan-bahan ( Guna acuan 7'x7' )
- 250 gram butter
-1 cawan serbuk koko
-3 biji telur
-1 setengah cawan gula kastor
-1 setengah cawan susu cair
-1 setengah cawan tepung gandum
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil bicarbonate soda-
1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan cheese:
-250 gram cream cheese
-1 cawan gula kastor
-1 biji telur

Cara-cara membuat:
1. Cairkan butter, masukkan serbuk koko setelah butter cair dan kacau.
2. Dalam mangkok lain, pukul telur dan gula.
3. Masukkan adunan butter tadi perlahan-lahan dan kacau. 
4. Tambahkan susu cair, tepung gandum, baking powder, bicarbonate soda dan esen vanilla satu persatu dan kacau. 
5. Panaskan oven, gris loyang dan masuk adunan dalam loyang.
Tinggalkan 2 atau 3 sudu adunan dan masukkan dalam piping bag.
Bakar adunan dalam loyang selama 20 - 30 minit. 

Untuk lapisan cheese
1. Putar cream cheese hingga gebu, masukkan gula dan kemudian telur. 
2. Keluarkan brownies yang siap dibakar tadi. 
3. Masukkan adunan cheese di atasnya. 
4. Pipe adunan brownies dan buat corak menggunakan lidi. Mula2 buat belang2 pastu amik lidi n tarik dgn lidi belang2 tadi. nak buat bulat2 pun bole, tarik dari tengah ke tepi atau selang seli dari tepi ke tengah 
5. Bakar (double boil) semula selama 15 - 20 minit guna suhu 130 darjah celcius
6. Hias kek mengikut citarasa.
Resepi kek Marble Cheese


Kek Marble Cheese


Bahan-bahan Kek Marble Cheese

Proses mencorak kek Marble Cheese

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Mudah Kek Marble Cheese"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top