Tempat Borong Coklat Murah Langkawi : Kompleks Haji Ismail
Dah jejak kaki ke Langkawi, sudah semestinya kena borong coklat sebagai buah tangan atau untuk kudapan sendiri.
Trip saya Kali ini ke Langkawi, saya kurangkn kos untuk coklat sebabnya kos dah banyak buang ke aktiviti. Haha. Bak kata orang Sarawak, rebukk dah poket kamek eyh.
Jadi, nak borong coklat macam daim, Hersey atau lain-lain jenama coklat dengan harga yang murah boleh lah ke sini. Actually bagi saya takda la murah sangat pun. Just daim je lah yang saya rasa harga lebih murah sebab kat airport daim sebungkus RM30+.
Hari ni 13 Mac 2016, sekitar jam 4.30 petang kami ke Haji Ismail Group ni untuk borong coklat. Ya ampunnn, ramainya umat manusia. Menyesal pulak lewat pergi. Almaklumlah cuti sekolah. Jadi pesanan saya untuk yang takda bebudak tu, baik pergi bercuti ke Langkawi time bukan cuti sekolah. Aman damai. Haha. Ni nak bayar pun kena baris panjang. Kalau no choice hadap je lah. ;)
0 Comments