Powered by Blogger.

Resepi Aiskrim Cumi dan Aiskrim Hersey Coklat

Resepi Aiskrim Cumi dan Aiskrim Hersey Coklat

Aiskrim Cumi Dan Aiskrim Hersey

Disebabkan fenomena yang keterlaluan di wall facebook sejak 2 - 3 minggu ini tentang Aiskrim Cumi, saya akhirnya terjebak juga. Haha. Mana tak nya, siang saya scroll homepage saya, ada ja tertengok sahabat fb buat aiskrim cumi ni. Bila malamnya pulak, sama juga. Yang tak pernah-pernah aktif post pasal gambar makanan atau masakan pun, tiba-tiba buat viral aiskrim cumi ni. Haha. Sangat besar kuasa viral FB ni ye.

Ok lah, saya yang turut terjebak ni juga, mulalah poyo ajak suami teman beli bahan-bahan untuk buat aiskrim cumi ni. Susu cair, susu pekat, cumi, coklat hersey semua saya jumpa dan dah masuk bakul, then bila pergi bahagian plastik aiskrim, saya terus berhuhuhu je lah dengan suami, sebabnya, LICINNNNNN plastik ada cap king kong tu. Plastik untuk buat aiskrim tu la. Dasyat juga fenomena aiskrim cumi ni rupanya. Aduih. Ok takpa. Pergi supermarket satu lagi, confirm ada.

Bila pergi lagi ke Supermarket Upwell pulak, saya turut berhuhuhu dan berhahahaha dengan suami. Plastik aiskrim yelekkk.. Tara.. Habis licin dibeli orang yang pastinya kaum hawa dari muka buku ni. Dasyat. Patutlah pun orang cakap aiskrim cumi ni bahaya. Memang bahaya. Haha. Kami bernasib baik, sebab ada lebihan plastik aiskrim di rumah rupanya. Fuhhh.. Kalau tak, sedih juga. Tak dapat buat aiskrim cumi. Haha. Jom, kita usya macam mana nak buat aiskrim cumi yang super senang dan sedap ni.

Aiskrim cumi

Resepi Aiskrim Cumi / Resepi Aiskrim Coklat Hersey

Bahan-bahan:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong
2 bungkus cumi / *1 botol coklat hersey
secubit garam

Cara-cara:
1. Masak air, susu pekat, susu cair, air kosong dan garam sehingga mendidih dan tutup api.
2. Biarkan sejuk seketika sebelum diisi ke dalam plastik aiskrim.
3. Masukkan cumi yang dibelah 4 ke dalam plastik aiskrim. (atau masukkan coklat hersey)
4. Tuang bancuhan susu.
5. Bekukan.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Resepi Aiskrim Cumi dan Aiskrim Hersey Coklat"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top