Powered by Blogger.

Kedai Makan Kak Timah : Tempat makan Nasi Campur Paling best di Langkawi

Hari ketiga di Langkawi, ayah saya dah bising-bising nak makan Nasi campur, dah taknak makan laksa or what so ever yang hipsters. Haha. Jadinya kami telah menuju ke Kedai Makan Kak Timah yang terletak berdekatan dengan kedai seafood cina atau kawasan Trimula. Info pasal Kedai Makan Kak Timah ni pun kitaorang tau lepas suami saya Tanya dengan budak hotel kat mana best makan Nasi campur di Langkawi. Tu la dia recommend Kedai Makan Kak Timah ni.

Bila sampai ja kat kedai makan kak Timah, wahhhh banyaknya lauk pauk. Rambang mata pula nak pilih. Saya pilih sotong masak lemak, sayur terong Kari Dan tempe ikan bilis. Sedap. Memang sedap. Air pula, segelas air dicaj hanya RM1.00. Ada 4 pilihan air.

Kami sefamili memang rasa berbaloi-baloi sangat makan kat sini. Dahlah sedap, murah  Dan berpatutan juga harga makan kat sini. lauk pun banyak kitaorang ambik. Jumlah bayaran untuk kami sefamili 9 orang dewasa Dan 3 kanak-kanak adalah RM79. Murah kan??? Terus ayah saya cakap, esok nak makan kat sana lagi. Hahaha.

Datang Langkawi, jangan lupa tau singgah makan di Kedai Makan Kak Timah. Salah satu tempat makan Nasi campur terbaik, best Dan sedap di Langkawi. Highly recommended.
Kedai makan Kak Timah, Langkawi



Variasi pilihan lauk pauk

Nasi campur Berlaukkan sotong lemak, tempe ikan bilis, Dan sayur terung Kari.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Kedai Makan Kak Timah : Tempat makan Nasi Campur Paling best di Langkawi"

betul sis memang murah kat sini. akak pun pernah makan 3 family (6 dewasa + 8 kanak-kanak) baru RM 65 sis... kt sini da daging kerbau...

Tu la sis.. Murah sangat. Semoga diperluaskan rezeki mereka a famili.

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top