-->

Hasil Double Dose Clomid untuk 2nd cycles

Hasil Double Dose Clomid untuk 2nd cycles..
Alhamdulillah. Untuk second cycle clomid ni, saya dinasihatkan doktor untuk mengambil clomid double dose. Ini disebabkan sebelum ini untuk first cycle dengan mengambil clomid 50g (1 biji atau one dose) selama 5 Hari bermula hari kedua selepas haid hingga hari keenam, badan saya tidak bagi response untuk dose clomid tersebut.

Setelah pengambilan double dose bermula 3 Mac 2016 yang lepas iaitu hari kedua haid hingga hari keenam, melalui transvaginal scan, doktor dapat detect satu dominant follicle di Bahagian ovari sebelah kanan saya. Anggaran saiz adalah 2.7cm. 

Alhamdulillah. Bersyukur sangat. Dan sekarang doktor menyarankan agar kami kerapkan bersama Dan sekurang-kurangnya gap 3 hari sekali bagi tempoh seminggu dua ni. Doakan saya ya semua. Moga ada perkhabaran gembira lagi buat kami suami isteri selepas ini. Amin..


Updated: 2 April 2016 pagi, saya didatangi miss period. Huhu. So kena on clomid lagi for 3rd cycles.


Keywords:
Rawatan kesuburan
Clomid double dose
Keputusan pengambilan clomid

Hasil transvaginal scan untuk detect dominant egg or follicle

Baca juga:

0 Comments



Emoticon