-->

Resepi mudah Tom Yam Campur

Resepi mudah Tom Yam Campur

Tom Yam adalah salah satu menu Dari negara jiran kita iaitu Thailand. Rasa original tomyam Thailand saya tak tau sebab tak pernah rasa. Jadi disebabkan 2 3 hari ni saya teringin nak makan tomyam, saya telah beli perencah segera Tomyam jenama ' peace brand' cap burung putih. Sangat mudah. Just ikut saja arahan di label botol.

Resepi mudah Tom Yam Campur;

Bahan-bahan:
2 bahagian Isi Ayam (dipotong kecil)
3 ekor sotong (dipotong kecil)
1 botol kecil perencah tomyam
4 cawan air
Brokoli
2 biji tomato
Sedikit golden mushroom
Sebatang serai (dipotong kecil atau di ketuk sahaja)
5 tangkai cili padi
5 tangkai cendawan kering (direndam Dan dipotong kecil)
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara;
1. Didihkan 4 cawan air di dalam periuk, Dan masukkan isi ayam Dan sotong terlebih dahulu. Didihkan sebentar.
2. Kemudian, masukkan kesemua perencah tom Yam segera jenama peace brand. Setelah mendidih, masukkan brokoli, cendawan, tomato, cili, golden mushroom  Dan serai.
3. Seimbangkan rasa, letak gula Dan garam. Rasa. Kalau tak cukup rasa boleh tambah gula ataupun garam.
4. Sedia untuk dihidang.

Resepi mudah tomyam

Baca juga:

0 Comments



Emoticon