-->

Trip ke Pulau Dayang Bunting @ Tasik Dayang Bunting

Trip ke Pulau Dayang Bunting @ Tasik Dayang Bunting, 12 Mac 2016

Percutian saya Kali ini ke Langkawi saya memang dah pasang niat Dari sebelum nak tinggalkan tanah Borneo lagi, iaitu saya MESTI juga pergi ke Pulau Dayang Bunting. Sebabnya, saya rasa macam tak complete je Percutian selama ni di Langkawi tanpa pergi ke Pulau Dayang Bunting. Yalah, macam tahun sebelum ini, otak saya dah di psycho oleh Mak ngan ayah yang dah pergi ke Pulau ni, di mana mereka bagitau kena berjalan jauh and dieorang tak sanggup lagi nak gi sana. Jadinya, saya ni cuak la juga. Almaklumlah pergi kali ketiga yang lepas saya bawa Mak mentua yang sudah berusia. Takut juga dia tak larat nanti. Kalau ikutkan Dari cerita pengalaman Mak Dan ayah macam scary betul nak pergi sana, tapi bila saya GI sana, hmmmm.. Jalan kejap je, Tak sampai pjn 10 minit dah pun nampak tadik Dayang Bunting. Sampai kiteorang suami isteri cakap, ehhh cepat jugak sampai. Haha. Lepas ni tak nak la dengar testimonials dari parent Ku ni. Lupa pulak yang dieorang memang tak larat nak Jalan jauh Dan daki tangga tinggi.

Perancangan trip percutian bajet ke Pulau Dayang Bunting ni akhirnya berjaya. Saya telah setkan hari ketiga kami di Langkawi iaitu 12 Mac 2016, Sabtu, pagi, dalam pukul 10 pagi,  kami pergi ke Pulau Dayang Bunting.

Untuk ke Pulau Dayang Bunting, saya telah book trip Island Hoping dengan cater satu boat besar dengan bayaran RM300. Pakej Island Hoping ni termasuk trip ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah Dan Bagi/ tengok helang makan. So far bagi saya pakej ni still berbaloi-baloi. Pakej ni dalam anggaran 3-4 jam juga.

Trip island hoping ni, kami dihantar dulu ke Pulau Dayang Bunting. Dah sampai kat jeti Pulau tersebut, juruboat akan bagitau berapa estimate masa kita disana. Dan jika dah sampai waktu yang dijanji kan, akan ada orang yang panggil kita dengan memanggil no boat kita. Jadi, penting nya anda Ingat nombor boat anda ya. Macam kitaoramg hari tu, nombor boat adalah 196.

Sebelum nak masuk ke Tasik Dayang Bunting, kita perlu bayar tiket masuk terlebih dahulu. Dewasa adalah RM 3.00 Dan kanak-kanak RM1.00 (warganegara), dewasa RM6.00 Dan kanak-kanak RM3.00 (bagi warga asing). Perjalanan nak ke Tasik Dayang Bunting adalah kira-kira 10-15 minit berjalan kaki. Perlu DIINGATKAN agar berwaspada dengan barangan peribadi kita seperti hand phone atau kamera, sebab monyet-monyet di sini suka main ragut barang-barang kita. So be careful ye guys.

Di Tasik Dayang Bunting, kawasan ni sangat cantik berlatarkan bukit yang cantik. Antara aktiviti yang anda boleh buat di sini adalah berkayak, boat untuk (kanak-kanak), boat elektrik (dewasa Dan kanak-kanak), Dan Mandi manda. Caj main kayak adalah RM30 takda had masa, Dan caj boat itik Dan elektrik adalah RM20. Kira OK lah harga tu. Paling seronok dapat berkayak di Tasik Dayang Bunting. Dapat pergi tengok dengan lebih dekat persisiran Tasik tu Dan tengok dinding-dinding bukit kapur yang tersergam indah. 

Jadi, kalau anda Tanya saya, best ke tak pergi ke Tasik Dayang Bunting ni, bagi saya sejujurnya ia sangat-sangat BEST. Tak tau lah kalau orang lain. Kalau jenis saya, saya memang suka nak tengok tempat orang. Kalau jenis yang malas nak Jalan Dan takde feel nak cuti, mungkin tempat ni membosankan. Senang cerita, takyah Jalan la, duk umah je. Apa-apa pun, Pulau Dayang Bunting, akhirnya Ku jejak kaki di tanahmu. Insyaallah akan datang lagi nanti. ;)

Trip ke Pulau Dayang Bunting, Langkawi
Tasik Dayang Bunting

Perjalanan menggunakan boat ke Pulau Dayang Bunting

Perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Jalan kaki kira-kira 10-15 minit untuk ke Tasik Dayang Bunting.

Keindahan di Pulau Dayang Bunting

Sedikit maklumat berkenan Pulau Dayang Bunting

Boat Itik

Berkayak di Tasik Dayang Bunting

Tempat tunggu boat nak ke Pulau Dayang Bunting. Tak jauh Dari Pantai Cenang.
Jom layan video trip perjalanan kami ke Pulau Dayang Bunting

Baca juga:

0 Comments



Emoticon