Powered by Blogger.

Resepi mudah Ketam Telur Masin

Resepi mudah Ketam Telur Masin.

Berjaya masak ketam telur Masin. Terima kasih kepada tuan punya blog ni khatyjem @http://kathyjem.blogspot.my/2015/04/cara-nak-mask-ketam-telur-masin.html?m=1
Atas perkongsian resepi yang sangat mudah Dan sedap ni.

Bahan-bahan:
4 ekor ketam..
3 biji bawang kecik dicincang
7 biji bawang putih dicincang
7 biji cili padi (dipotong kecil)
1 tin susu cair
Tepung jagung
Daun kari setangkai
5 biji telur masin
Lada sulah/garam/gula

Cara-cara:
1. Rebus telur Masin terlebih dahulu Dan bersihkn ketam.
2. Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.
3. Goreng kan ketam tersebut sehingga kekuningan.
4. Asingkan kuning Dan putih telur Masin. Lenyekkan Bahagian kuning Dan 1-2 Bahagian putih telur Masin.
5. Panaskan kuali masukkan butter dalam 3 sudu besar.
6. Kemudian masukkan bawang putih, bawang kecil..kacau sampai naik wangi.
7. Kemudian masukkan daun kari dan cili padi.
8. Lepastu masukkan telur kuning Dan putih yang dihancurkan tadi.
9. Masukkan pula susu cair dalam 5-6 sudu besar.
10. Lepas tu masukkan lada sulah, garam dan gula. kacau sekata sampai berbuih.
11. Akhir sekali, masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan siap untuk dihidang!
Resepi ketam telur masin
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi mudah Ketam Telur Masin"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top