-->

Tempat makan sedap di Langkawi : Restoren Rasa Sayang

Tempat makan sedap di Langkawi : Restoren Rasa Sayang

Jalan-jalan di Langkawi rasanya tidak lengkap kalau tidak Cuba makan di gerai atau restoren di sekitar pulau ini.

Hari ini, selepas trip island hoping Langkawi, Dan juga trip aktiviti pantai di pantai Cenang, malamnya sudah kelaparan mencari nasi. Haha. Tenaga banyak dah habis, jadinya malam pun cepat lapar. Malam ini, kami singgah makan di Restoren Rasa Sayang yang hanya terletak di tepi Jalan Dan tidak jauh Dari pekan Kuah.

Antara yang kami order adalah Nasi goreng sotong, nasi goreng daging kunyit, Nasi goreng paprik Ayam, nasi putih + sup Daging + sotong kicap + kankung tumis biasa. Kalau untuk tekak kami sekeluarga, sedap-sedap masakan di Restoren ni. Kiranya puas hati juga la makan kat sini. Harganya pun berpatutan. Jumlah semua makanan kami termasuk air adalah RM102.50.

Jadi, kalau di malam hari, anda nak makan malam atau supper, boleh lah singgah ke Restoren Rasa Sayang ni ya.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon