-->

Sinopsis Drama Uda dan Dara



Sinopsis Drama Uda Dan Dara

Sumber: Astro


Satu lagi adaptasi novel Drama Uda Dan Dara dan sekarang bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6:00 petang di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135. Gandingan mantap Zul Ariffin dan Siti Saleha yang masing-masing memegang watak sebagai hero dan heroin utama drama ini. Drama Uda dan Dara akan bersiaran selama 60 episod telah diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, mengisahkan tentang seorang gadis bernama Siti Mariam lakonan Siti Saleha yang berkawan baik dengan Izzat Hilman (Zul Ariffin). Perhubungan mereka ditentang oleh ibu Izzat Hilman yang ingin menjodohkannnya dengan Khalidah. Izzat Hilman juga sering menghina Siti Mariam kerana agak berlebihan berat badan. Ini membuatkan terjadinya perselisihan faham antara Siti Mariam dan Izzat Hilman sehingga ke tahap Siti Mariam membencinya.

Setelah terpisah lama, mereka bertemu semula. Kini Siti Mariam sudah semakin cantik dan Izzat Hilman mula jatuh cinta kepadanya. Namun kenangan silam masih menghantui Siti Mariam. Izzat Hilman tidak mahu mengalah dan dalam diam Siti Mariam turut menyimpan rasa cinta. Namun bila Siti Mariam mengingatkan kembali wasiat arwah ibu Izzat Hilman dia jadi takut untuk menjalinkan perhubungan lebih-lebih lagi kehadiran Khalidah seolah ingin memisahkan perhubungan mereka. Ini membuatkan Siti Mariam meletakkan syarat pada perhubungan mereka, tempoh tujuh bulan diberi dan Izzat Hilman perlu bersiap sedia untuk berpisah.

Dapatkah Izzat Hilman memenuhi syarat tersebut? Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah percintaan ini? Jangan lupa tonton Drama Uda Dan Dara setiap Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang. Episod satu Drama Uda Dan Dara telah mula disiarkan pada 24 Februari 2016.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon