Powered by Blogger.

Kepentingan Mengambil Asid Folik

Asid folik adalah vitamin B dan ia membantu dalam penghasilan sel baru. Asid folik dihasilkan daripada 'folate' iaitu 'folate' boleh didapati kebiasaannya daripada jenis makanan tertentu.

Asid Folik

Siapa yang perlu mengambil Asid Folik ni? Semua orang perlukan asid folik. Tetapi Asid folik amat PENTING untuk para wanita yang hendak hamil atau sedang hamil. Pengambilan asid folik secara konsisten sebelum hamil dapat membantu dalam menyuburkan rahim wanita. Apabila seseorang wanita mempunyai tahap asid folik yang mencukupi dalam tubuh badannya sebelum dan semasa kehamilan,ia sangat membantu dalam mencegah kecacatan bayi yang dikandung. Antara contoh:


  • 'Spina Bifida' iaitu permasalahan berkaitan dengan Saraf tunjang dan boleh menyebab kecacatan kekal.
  • 'Anenchephaly' iaitu sesuatu keadaan apabila tiada perkembangan otak bayi.

Selain daripada itu, Asid folik juga amat penting dalam mengekalkan kesihatan sistem darah kita. Sekiranya tubuh badan kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan anemia. Asid folik juga dipercayai memainkan peranan penting dalam kesihatan jantung dan mencegah perubahan sel-sel yang cenderung terjadinya kanser.

Seseorang wanita yang bercadang untuk hamil disarankan untuk mengamalkan pengambilan asid folik sekurang-kurangnya  400 to 800 mcg or micrograms setiap hari. Ataupun ia bersamaan dengan 0.4 to 0.8 mg or milligrams. Manakala bagi wanita yang sudah hamil dan ingin meneruskan pengambilan asid folik, mereka disarankan agar berbincang dengan doktor atau pegawai perubatan terlebih dahulu.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kepentingan Mengambil Asid Folik"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top