Powered by Blogger.

Bajet Percutian di Langkawi

Bajet Percutian di Langkawi

Trip Percutian keempat saya ke Langkawi Kali ini adalah yang terbest sekali Walaupun kos Sewa kereta agak mahal. Ye lah, trip kami Kali ini betul-betul kena cuti sekolah,mana tak nya semua penyewa kereta naikkan sewa. Jom saya share sedikit sebanyak kos bajet Percutian kami di Langkawi untuk satu famili seramai 7 orang.

1. Kos tiket penerbangan AirAsia dapat murah je untuk 6 orang iaitu RM198 (kuc-kl-langkawi) pergi Dan balik.

2. Kos hotel RM600 bagi 3 bilik standard untuk 5 hari 4 malam. Ni kat Bahagi Hotel,Langkawi.

3. Kos Sewa kereta Avanza RM460 iaitu bersamaan RM130 sehari. Yang ni penyewa kereta dah bagi diskaun juga sebab lebih 3 hari. Service Sewa kereta dengan Akak ni memang terbaik. Siap bagi panduan lagi mana tempat best pergi Dan makan kat mana.

4. Kos Island Hoping, iaitu trip ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Dan Bagi makan helang adalah RM250. Disebabkan kami ada pertambahan orang, jadi kena caj lebih iaitu RM300. Okla tu, daripada Sewa bot kat satu tempat ni, dia caj RM350.

5. Kos tiket masuk Muzium 3d di Oriental Village, RM200 bagi 6 dewasa Dan 1 warga emas. Caj masuk bagi dewasa adalah RM30 seorang, warga Emas RM20 Dan kanak-kanak RM20 seorang.

6. Kos main game ATV adalah RM75 per ride Dan untuk penumpang dicaj RM50. Total untuk 3 orang main RM200 dengan 2 unit ATV.

7. Kos main aktiviti pantai di pantai Cenang pula adalah seperti berikut;
caj parasailing adalah RM60/seorang,
caj bagi Jetski untuk 30 minit adalah RM150
Caj bagi main banana boat adalah RM15/seorang.
Total kami habis kat sini adalah : RM240 bagi parasailing, RM150 Jetski Dan Banana boat untuk 2 round adalah RM195.

8. Kos Sewa boat besar ke Pulau Tuba adalah RM60 pergi Dan RM60 balik. Total pergi Dan balik adalah RM120. Di Pulau Tuba, kami Sewa pula van untuk bawa kami pusing-pusing untuk menjelajah Pulau Tuba. Sewa van tersebut adalah RM60 tak kira berapa orang masuk.

9. Kos minyak kereta RM70 selama 5 hari 4 malam tersebut.

10. Kos makan:
Hari pertama petang makan di Laksa Power Cenang ; RM70 (menu cendol, Yong tau fu Dan Laksa Pulau)

Hari pertama malam makan di Nasi Lemak Panas Saloma, Dataran Lang ; RM75

Hari kedua breakfast di Restoren Haji Ali ; RM80

Hari kedua petang makan Nasi Lemak bungkus 10 bungkus berharga RM1.50 sebungkus. Total RM15.00

Hari kedua malam makan di Restoren Sup Power; RM98

Hari ketiga breakfast di Warung Di tepi Jalan; RM55 termasuk tapau roti canai kosong.

Hari ketiga petang makan di Stall Lori Laksa Ikan Sekoq ; RM80 (menu nasi goreng ayam, nasi ayam, Laksa Penang, cendol Dan mi sup)

Hari ketiga malam makan di Restoren Rasa Sayang ;RM120 (menu nasi goreng paprik,nasi goreng sotong, nasi goreng daging kunyit, nasi goreng cendawan, nasi goreng pattaya, nasi putih Dan sup Daging.)

Hari Keempat breakfast di Kedai Makan Kak Timah; RM78. (Menu pelbagai lauk pauk nasi campur).

Hari keempat malam makan di Restoren Rasa Sayang ; RM98

Hari kelima breakfast di Kedai Makan Kak Timah;RM58

11. Kos masuk ke Tadik Dayang Bunting, RM3.00 bagi seorang dewasa Dan RM1.00 bagi seorang kanak-kanak. Total adalah RM21 bagi 7 dewasa.

Actually kos ni anda boleh cut cost di Bahagian makan Dan aktiviti pantai. Selama bercuti.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Bajet Percutian di Langkawi"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top