-->

Developer Perumahan Di Kuching/Kota Samarahan dan Progression Pembelian Rumah






Salam Semua,
Di sini, SP nak share beberapa developer yang SP pernah survey-survey harga dan projek perumah dulu. Bagi anda yang telah dalam pencarian perumahan ni, boleh la pergi bertanyakan senarai projek-projek perumahan baru melalui semua developer yang SP senaraikan di bawah. Senarai Developer



  1. Yun Seng Developer, Kota Sentosa  (Projek Perumahan di Unigarden/Tmn Berlian, Belakang INTAN Kota Samarahan)
  2. Hock Peng Developer (Lokasi ofis: berdekatan dengan Fourpoint Hotel)
  3. Hock Seng Lee Developer
  4. CMS Developer (Projek perumahan di sekitar kawasan Semariang/Petra Jaya)
  5. BDC Developer (Projek perumahan di sekitar Jln Bako/Petra Jaya)
  6. PRC Developer (Lokasi ofis di Jln Petanak)
  7. MDKwangTai (Projek perumahan di Central City Kota Samarahan) Lokasi ofis berdekatan Wisma Naim.
  8. RegalGroup Developer : http://www.regalgroup.com.my/ Lokasi ofis: Belakang Mcd Batu 3.
  9. Naim Developer
  10. Petra Jaya Properties

Setakat ini, Yung Seng Developer yang SP rasakan offer rumah yang still berbaloi untuk dibeli. Projek-projek under developer ni juga sangat cepat. SP bukan agen hartanah ye, SP hanya nak membantu anda-anda di luar sana dalam membeli rumah. Nasihat SP, rajin-rajin lah melawat ke tapak-tapak pembinaan rumah dan dapatkan no telefon developer dan terus bertanyakan sekiranya ada unit yang kosong.

Ini adalah cara SP nak dapatkan unit rumah di kawasan impian SP:

  1. Lawat secara santai di kawasan-kawasan projek/tapak perumahan (kawasan Kota Samarahan). Curious nak tahu, siapa developer dan bagaimana untuk menghubungi mereka). Tanya dengan mereka-mereka/pekerja di tapak pembinaan. Rata-rata mereka tidak tahu. Hmmmm.. Malasssku.. Atlast, SP terjumpa papan tanda berkenaan projek dan number agen-agen yang boleh dihubungi. SP terus ambik no salah seorang dan terus call agen tesebut tanya ada lagi ke tak unit kosong.
  2. OK, Agen bagitahu, tiada unit kosong lagi. Tapi agen suruh SP datang ke ofis bagi memberi maklumat diri bagi tujuan waiting list (if ada unit yang reject loan). Dalam pada itu, agen turut 
    bagitahu ada lagi beberapa fasa yang akan dibuka tetapi belum lagi dilaunch harga. So, agen bagi idea untuk book sublot fasa yang bakal dilaunch tersebut. Sekiranya harga dah keluar nanti, agen akan hubungi semula untuk dapatkan persetujuaan. 
  3. After tinggalkan detail di pejabat developer, SP terus menanti selama 2-3 bulan. Tetapi, SP sentiasa update dengan agen bertanyakan tentang unit /harga. 
    Sekitar bulan Jun, agen SMS SP memberitahu terdapat satu unit yang dicancel pembeli, dan agen offer harga RM363,800 ketika itu. Syukur betul. Dan akhirnya, tercapailah impian SP dan husband.
  4. Datang segera ke ofis, bagi deposit (RM2000) dan terus proceed untuk government loan.
  5. Selepas itu, hanya tunggu agen call, untuk datang sign dokumen yang super berlambak.
  6. Sekian, harap bermanfaat ye..




Baca juga:

11 Comments

avatar

Terima kasih atas maklumat, memang tengah mencari2 juga ni. Ada kawan saya pun dah beli area tu, Bila cik SP bayar deposit rumah, sebab harga tu masih rendah, harga baru dah dkt 400k dah

Balas delete
avatar

sama2 af ar. saya bayar pertengahan tahun 2013. so far developer ni tak up harga gila2 sgt.

Balas delete
avatar

Sang penulis pernah dengar developer Poh Lo Chew? Ok tak projek2 dia?

Balas delete
avatar

Saya tak familiar dgn developer tu. boleh sy tau dimana projek2 dia?

Balas delete
avatar

Dekat depan SMK Kota Samarahan, tapi sy dah tgk site dia, tak berapa berkenan, InsyaAllah nak booking dkt taman berlian stabil jgk, dah survey banyak tempat. Nex residen built quality ok tp location jauh & bawah x ada bilik, itu yang x jadi

Balas delete
avatar

Hi AF AR, Taman Berlian kalau tak silap under developer Yun Seng juga kan? Site projek belakang INTAN Samarahan. Kalau projek Tmn Berlian pun ok. Berapa dah price sana ya sekrang?

Balas delete
avatar

Aah Yung Seng jugak, last tanya hujung bulan lepas, intermediate 399k. SP beli di Unigarden ye?

Balas delete
avatar

ye AF AR. Rezeki dapat kat Unigarden wlupun harga agak tinggi, tapi bila tengok size ruang tamu dan dapur memang berbaloi dengan harga tu berbanding dengan rumah2 baru naik sekitar tu. Tmn berlian tu, member saya booking tahun lepas dpt harga 388k. dgr agen bgtau kt tmn berlian luas binaan rumah lebih besar.

Balas delete
avatar

Saya baru bayar booking di pejabat dev isnin lepas, memang cadang nak ambik Taman Berlian Stabil tu, tapi baru nampak ada buka fasa baru di Unigarden, terus saya ambik di Unigarden, tapi mahal RM5k dari Taman Berlian Stabil. Dijangka siap pun lambat lagi, hujung 2017 katanya. Saya rasa di Unigarden dah ada banyak kemudahan dan kawasan yang dah matang kalau nak banding dengan Taman Berlian tu dan faktor lokasi jugak yang lebih senang untuk saya dan isteri nak ke tempat kerja. Taman Berlian tu in the future bagus jugak, sbb dlm masterplan akan ada roundabout kedua di pintu masuk taman tu, dalam 700-800 meter sebelum roundabout depan intan tu, jadi lama2 akan kurang masalah jem

Balas delete
This comment has been removed by the author.
avatar

Wah.. Ada jiran setaman nampak nya. AF ar mesti booking phase 8b ni kan.. Sebab minggu ni saya baru je pergi ke pej dev and dieorg dah launch harga utk phase 8c pulak. Starting price utk DS inte rm400k+. Seram pulak dgr harga Rumah skrg.

Balas delete



Emoticon